DASAR KEBUDAYAAN KEBANGSAAN
Latarbelakang
Kebudayaan merupakan keseluruhan cara hidup manusia. Ia
berperanan penting dalam proses pembangunan negara di Malaysia di mana
keperibadian Malaysia harus dipupuk dalam usaha-usaha yang dijalankan ke arah
meningkatkan pembangunan sosioekonomi dan politik. Ini sudah tentunya
memerlukan penggemblengan dan penglibatan semua lapisan masyarakat dalam satu
proses yang berterusan.
Bagi sebuah negara yang mempunyai masyarakat berbilang kaum
seperti di Malaysia, proses pembentukan kebudayaan nasional memerlukan perancangan
yang teliti dan rapi supaya dapat melahirkan cara hidup yang bersifat
keMalaysiaan. Perancangan kebudayaan ini harus menentukan sifat-sifat yang
baik, mulia dan utama bagi pembinaan bangsa dan ketahanan negara.
Objektif
Pembangunan Kebudayaan Kebangsaan bagi negara-negara yang
baru merdeka amatlah penting untuk mewujudkan sebuah negara yang stabil dan
bersatupadu. Dengan yang demikian usaha-usaha pembentukan Kebudayaan Kebangsaan
Malaysia adalah bertujuan untuk mencapai tiga objektif penting iaitu:
(i) Mengukuhkan perpaduan bangsa dan negara melalui
Kebudayaan;
(ii) Memupuk dan memelihara keperibadian kebangsaan yang
tumbuh daripada Kebudayaan Kebangsaan; dan
(iii) Memperkayakan dan mempertingkatkan kualiti kehidupan
kemanusiaan dan kerohanian yang seimbang dengan pembangunan sosioekonomi.
Strategi dan Pelaksanaan Objektif dasar ini boleh dicapai
melalui strategi-strategi berikut:
(i) Pemulihan, pemeliharaan dan pembangunan kebudayaan ke
arah menguatkan asas-asas Kebudayaan Kebangsaan melalui usahasama penyelidikan,
pembangunan, pendidikan, pengembangan dan perhubungan budaya;
(ii) Meningkat dan mengukuhkan kepimpinan budaya melalui
usaha-usaha membimbing dan melatih peminat, mendokong dan menggerak kebudayaan
seluas-luasnya sebagai jentera pembangunan yang berkesan;
(iii) Mewujudkan komunikasi yang berkesan ke arah kesedaran
kebangsaan, kenegaraan dan nasionalisme Malaysia;
(iv) Memenuhi keperluan sosiobudaya; dan
(v) Meninggikan taraf dan mutu kesenian.
Di samping Kementerian Kebudayaan Kesenian dan Pelancongan,
penglibatan pihak lain juga adalah penting dalam pelaksanaan dasar ini. Mereka
termasuklah Kementerian-kementerian dan Jabatan-jabatan Kerajaan Pusat,
Kerajaan-kerajaan Negeri, badan-badan berkanun dan pihak swasta serta
pertubuhan-pertubuhan kebudayaan.
Pelan Integriti Nasional(PIN)
Pelan Integriti Nasional (PIN) digubal dengan merangkumi
semangat dan prinsip Perlembagaan Persekutuan. Hakikat kehidupan masyarakat
Malaysia yang terdiri daripada pelbagai kaum dan agama adalah suatu kurniaan
dan kelebihan untuk dimanfaatkan. PIN juga menyerap falsafah dan prinsip Rukun
Negara, iaitu membina masyarakat yang bersatu padu, adil, demokratik, liberal
dan progresif serta berpegang teguh pada lima prinsip. Rukun Negara. PIN turut
dibimbing oleh falsafah dan cabaran Wawasan 2020 ke arah mewujudkan sebuah
negara maju menurut acuan sendiri menjelang 2020. Sebagai sebuah pelan yang
lahir selaras dengan aspirasi rakyat dan dilaksanakan untuk kesejahteraan
mereka, PIN mencerminkan ciri-ciri khusus masyarakat dan negara Malaysia. Di
samping itu, PIN mengambil kira perkembangan antarabangsa, pengalaman
negara-negara lain serta impak arus globalisasi. Ringkasnya, PIN adalah
kesinambungan dan penterjemahan falsafah, prinsip, dan matlamat yang hendak
dicapai dalam Perlembagaan Persekutuan dan Rukun Negara serta beberapa dasar
strategik sebelum ini, di samping mengambil kira pelbagai perkembangan dan
cabaran baru.
OBJEKTIF UMUM
Objektif umum PIN ialah untuk merealisasikan hasrat Wawasan
2020, iaitu menjadi sebuah negara maju menurut acuan sendiri dengan “membentuk
sebuah masyarakat yang kukuh ciri-ciri moral dan etikanya, dengan para warganya
mempunyai nilai keagamaan dan kerohanian yang utuh, dan diitunjangi oleh budi.
KONSEP PIN
DASAR PEMBANGUNAN BELIA NEGARA
Pendahuluan
Generasi belia merupakan sumber terbesar dalam
negara dan mereka berpotensi untuk menyumbang kepada pembangunan negara.Keupayaan
mengembleng tenaga belia akan menentukan kekuatan dan ketahanan pembangunan
sosial, ekonomi dan politik negara.
Takrif Belia
Dari segi umur belia ialah mereka yang berumur
antara 15 hingga 40 tahun. Walau bagaimanapun dari segi strategi pelaksanaan program
dan orientasi aktiviti, tumpuan utama ialah mereka yang berumur 18 hingga 25
tahun.
Matlamat
Mewujudkan
belia Malaysia yang memiliki peribadi yang bersepadu dari segi rohaniah, akliah
dan jasmaniah, bertanggungjawab, berdikari, bersemangat sukarela dan patriotikserta
menjadi penggerak kepada kemajuan dan kemakmuran bangsa, agama dan negara
selaras dengan Wawasan 2020.
Strategi
Untuk
mencapai Dasar Pembangunan Belia Negara beberapa strategi akan dilaksanakan:-
Pembangunan
Ilmu
Usaha akan
dipertingkatkan ke arah mengembangkan ilmu pengetahuan di dalam berbagai aspek
sebagai tunggak kepada pembangunan dan kemantapan generasi belia.
Pembentukan
Sikap
Usaha ke
arah penerapan nilai-nilai murni dan pembentukan sikap yang positif dan kreatif
akan dipupuk di kalangan belia bagi menghadapi cabaran semasa dan akan datang.
Pembangunan
Kemahiran dan Keusahawanan
Mempersiapkan
generasi belia dengan teknologi terkini, kemahiran teknik dan vokasional serta
kegiatan keusahawanan selaras dengan kehendak pembangunan negara.
Pemupukan
Gaya Hidup Sihat
Generasi
belia digalakan menyertai persatuan atau aktiviti sukarela yang dapat memupuk
gaya hidup yang sihat, cergas dan dinamik. Amalan ini akan dapat melahirkan
pemimpin-pemimpin yang bertanggungjawab dan berkualiti.
Kemudahan
Interaksi Sosial
Mempertingkatkan
kemudahan yang sesuai bagi menggalakkan aktiviti dan interaksi sosial yang
sihat di kalangan belia dan masyarakat.
Perkongsian
Dalam Pembangunan
Menggunakan
perkongsian dan kerjasama antara agensi kerajaan, swasta dan pertubuhan bukan
kerajaan untuk pembangunan generasi belia.
Jaringan Hubungan Antarabangsa
Menggalakkan
generasi belia meningkatkan jaringan dan interaksi dengan masyarakat
antarabangsa.
Strategi
Untuk
mencapai Dasar Pembangunan Belia Negara beberapa strategi akan dilaksanakan:-
Pembangunan
Ilmu
Usaha akan
dipertingkatkan ke arah mengembangkan ilmu pengetahuan di dalam berbagai aspek
sebagai tunggak kepada pembangunan dan kemantapan generasi belia.
Pembentukan
Sikap
Usaha ke
arah penerapan nilai-nilai murni dan pembentukan sikap yang positif dan kreatif
akan dipupuk di kalangan belia bagi menghadapi cabaran semasa dan akan datang.
Pembangunan
Kemahiran dan Keusahawanan
Mempersiapkan
generasi belia dengan teknologi terkini, kemahiran teknik dan vokasional serta
kegiatan keusahawanan selaras dengan kehendak pembangunan negara.
Pemupukan
Gaya Hidup Sihat
Generasi
belia digalakan menyertai persatuan atau aktiviti sukarela yang dapat memupuk
gaya hidup yang sihat, cergas dan dinamik. Amalan ini akan dapat melahirkan
pemimpin-pemimpin yang bertanggungjawab dan berkualiti.
Kemudahan
Interaksi Sosial
Mempertingkatkan
kemudahan yang sesuai bagi menggalakkan aktiviti dan interaksi sosial yang
sihat di kalangan belia dan masyarakat.
Perkongsian
Dalam Pembangunan
Menggunakan
perkongsian dan kerjasama antara agensi kerajaan, swasta dan pertubuhan bukan
kerajaan untuk pembangunan generasi belia.
Jaringan Hubungan Antarabangsa
Menggalakkan
generasi belia meningkatkan jaringan dan interaksi dengan masyarakat
antarabangsa.
Pelan
Tindakan
Strategi di
atas akan dilaksanakan melalui tindakan berikut:-
Menyediakan
program keilmuan dan latihan kepada generasi muda yang dianjurkan bersama oleh
agensi sektor awam, swasta, pertubuhan belia dan pertubuhan bukan kerajaan.
Mengukuhkan
program pembangunan kepimpinan dan bina sahsiah bagi membina kekuatan diri,
institusi kekeluargaan, keagamaan dan kemasyarakatan supaya generasi belia
dapat berperanan dengan berkesan.
Memantapkan
program latihan kemahiran, peluang perniagaan dan keusahawanan supaya generasi
belia mampu berdikari dan membina kerjaya yang cemerlang.
Mengupayakan
pertubuhan belia supaya dapat menarik minat golongan belia dan masyarakat menyokong
dan menyertai aktiviti yang di anjurkan.
Menyediakan
peluang dan kemudahan kepada golongan belia untuk memajukan diri dalam bidang
sosial dan ekonomi.
Meningkatkan semangat kesukarelawanan dan
patriotismemelalui kerja-kerja amal, kebajikan dan kemasyarakatan.Memberi
kefahaman generasi belia tentang konsep persejagatan (Globalisasi) dan
kepentingan hubungan mereka dengan agensi
Kesimpulan
Intihanya, semua remaja mempunyai tanggungjawab dan obligasi masing-masing untuk menjana pembangunan negara kerana pemudaharapan bangsa, pemudi tiang negara. Remaja sebagai tunjang yang bakal menerajui kepimpinan negara kita haruslah merdeka daripada belenggu angkara sosial. Hanya remaja yang berkualiti akan memangkinkan kecemerlangan negara. Jika remaja kita tidak diasuh, dibimbingdan dididik dengan kamil, tidak mustahil segala aspirasi negara hanya sekadar imaginasi semata-mata dan tidak dapat menjadi realiti. Olehitu, remaja kita perlu terjaga daripada lena dan keasyikan serta melengkapkan diri dengan ciri-ciri yang mulia supaya dapat menempatkandiri sebagai modal insan yang cemerlang, gemilang dan terbilang. Semoga negara kita dapat berdiri dengan gah di pentas.
No comments:
Post a Comment